Master NIS
ESIEA: Sekolah tinggi Sains Komputer,
teknologi Elektronik dan Automatik
Mengenai kamu
Program Master “Keselamatan Rangkaian dan Maklumat”
Mengenai kamu
Kecemerlangan 51 Tahun
Terkenal dengan reputasinya dalam kecemerlangan pembelajaran dan penyelidikan, Sekolah Tinggi Sains Komputer, teknologi Elektronik dan Automatik (disingkat ESIEA) merupakan salah sebuah sekolah terulung di Perancis. ESIEA diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Perancis dan bereputasi kukuh di serata dunia dalam bidang Keselamatan Sistem Maklumat. Sekolah menawarkan program master (specialized master) bagi pelajar antarabangsa* di bidang Keselamatan Rangkaian dan Maklumat (Network & Information Security). Khususnya, keselamatan dilihat dari sudut penyerang (hacker). Pada tahun 2008, program master ini (vs bahasa Perancis) telah mendapat pengiktirafan sebagai program master terbaik di Perancis di bidang Keselamatan Sistem Maklumat.
* Kursus diajar dalam bahasa Inggeris
ESIEA juga mempermudahkan peluang para pelajar berinteraksi secara konkrit dengan para usahawan IT, para penyelidik dan ahli-ahli korporat terkenal.
Visi Sekolah
Wawasan sekolah adalah untuk menjadi sebuah institusi kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan dalam bidang proteksi dan keamanan sistem maklumat, yang kreatif, inovatif dan terkemuka.
Misi Sekolah
Misi ESIEA adalah untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah murni, kompeten dan berterampilan tinggi melalui pendidikan teknikal berkualiti bertaraf dunia. Meningkatkan profesionalisma melalui pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi dengan perkongsian pintar sekolah-industri.
Objektif Sekolah
Menyumbang kepada meningkatkan kefahaman dan pembudayaan TM (Teknologi Maklumat) dan memperkenalkan hasil penyelidikan (penerbitan, konferensi, buku, jurnal).
Memajukan penyelidikan dalam bidang Keselamatan Sistem Maklumat yang menghasilkan ilmu baru dan teknologi inovatif yang diperlukan industri dan institusi-institusi di peringkat bangsa dan antarabangsa.
Program Master “Keselamatan Rangkaian dan Maklumat” (Network & Information Security, N&IS)
Dengan meningkatnya kebutuhan dan semakin kompleks serta canggihnya ancaman, keselamatan maklumat masa depan diharapkan menjadi keselamatan yang antisipatif terhadap ancaman, fleksibel terhadap dinamika perubahan, dan responsif terhadap solusi konkrit untuk menyelesaikan masalah keselamatan dalam sistem maklumat. Program master ini menjawab tantangan ini.
Tiada satu pun pendekatan keselamatan sahaja yang betul-betul selamat. Kombinasi pelbagai komponen keselamatan adalah mandatory dalam menyediakan perlindungan tertahap tinggi bagi menentang atau mengawal daripada penipuan dan ancaman-ancaman lain.
Komponen-komponen program adalah terdiri daripada kursus major dan kursus lain-lain.
Kod
“N&IS-1XX”: Semester I
“N&IS-2XX”: Semester II
Nama kursus
SISTEM RANGKAIAN
- “N&IS-101”: Sifat dasar rangkaian
- “N&IS-102”: Akitektur dan rekabentuk rangkaian
- “N&IS-103”: Rangkaian tanpa wayar
KESELAMATAN SISTEM MAKLUMAT, KESELAMATAN APLIKASI DAN RANGKAIAN
- “N&IS-109”: Sistem pengoperasian : Windows dan *NIX
- “N&IS-201”: Kriptografi dan Kriptoanalisis
- “N&IS-202”: Keselamatan rangkaian
- “N&IS-203”: Keselamatan sistem pengoperasian
- “N&IS-204”: Keselamatan Aplikasi dan Pangkalan data
- “N&IS-205”: Analisis Forensic
- “N&IS-206”: Kad pintar (Smartcards)
KESELAMATAN DAN PENGATURCARAAN RANGKAIAN
- “N&IS-104”: Algoritma & Keselamatan
- “N&IS-105”: Analisis & Code generation
- “N&IS-106”: Pengaturcaraan yang selamat
- “N&IS-107”: Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi (C, Java)
- “N&IS-108”: Bahasa skrip seperti Python dan Ruby
- “N&IS-212”: Ilmu virus komputer
POLISI-POLISI KESELAMATAN, ECONOMIC INTELLIGENCE DAN ATURAN ISO
- “N&IS-110”: Keselamatan Maklumat dan isu-isu yang bertaitan dengan undang-undang (terhadap Keselamatan Maklumat)
- “N&IS-111”:Economic intelligence & Peperangan Maklumat
- “N&IS-112”: Polisi-polisi keselamatan
- “N&IS-208”: Aturan ISO 27001 & ISO 17799
- “N&IS-209”: Jenayah siber
- “N&IS-207”: Metodologi Penilaian Risiko Keselamatan Maklumat
- “N&IS-211”: Keselamatan Maklumat & Perisian percuma
KURSUS-KURSUS LAIN YANG DITAWARKAN
- “N&IS-113”: Akuntanci
- “N&IS-210”: Stategi-strategi yang inovatif dan Pengurusan teknologi-teknologi terbaru
- “N&IS-213”: Pengurusan proyek
- “N&IS-P1”: Proyek-proyek Keselamatan Maklumat – Semester I
- “N&IS-P2”: Proyek-proyek Keselamatan Maklumat – Semester II
- “N&IS-F1”: Bahasa Perancis untuk orang asing di Perancis
- “N&IS-F2 : Bahasa Perancis untuk orang asing di Perancis
Kemasukan
Syarat-Syarat kemasukan ke program master “Keselamatan rangkaian dan maklumat” (N&IS)
Seseorang calon Sarjana (master) mesti mempunyai:
- Ijazah sarjana muda* dalam bidang Sains Komputer.
- Ijazah sarjana muda* Kejuruteraan (dalam bidang Sains Komputer)
- Ijazah sarjana muda* dalam bidang matematika terapan (Sains Komputer)
- Ijazah sarjana muda* Sains terapan (Applied Sciences) dengan pengetahuan yang baik dalam bidang Sains Komputer.
- Ijazah sarjana muda* Sains di bidang “Automatic Control” dengan pengetahuan yang baik dalam bidang Sains Komputer.
- Ijazah sarjana master of Sains terapan dengan pengetahuan yang baik dalam bidang Sains Komputer.
*ialah, Ijazah Sarjana muda empat tahun dengan sekurang-sekurangnya gred purata B ataupun yang standing.
Kemasukan pelajar bagi program ini adalah terbuka kepada:
Perunding-perunding dalam bidang Teknologi Maklumat (TM) dengan pengetahuan yang baik dalam bidang Sains Komputer.
Jurutera-jurutera dalam bidang Teknologi Maklumat (TM) dengan pengalaman bekerja yang baik.
Kemasukan kepada program master adalah pada dasar saingan bebas. Para pemohon mungkin diminta memberi maklumat lanjut ataupun memberi bukti yang lanjut mengenai latihan yang telahpun dilalui dan juga kebolehan individu.
Seseorang calon program master mesti mempunyai Ijazah sarjana dari universiti atau institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementarian Pengajian Tinggi dan pengetahuan dalam bahasa Inggeris yang cukup untuk memahami syarahan dan pengajian tinggi dalam bahasa Inggeris.
Yuran pengajian tahunan
Yuran pengajian yang harus dibayar untuk tahun akademik 2010-2011 adalah seperti berikut: € 9 800 untuk para pelajar dan orang-orang swasta.
Yuran diatas tidak termasuk yuran insurans (perlindungan kesihatan pelajar luar negara yang wajib) dan yuran kolej kediaman. Perancis mempunyai sistem insurans perubahan yang sangat kompetitif kosnya).
Peruntukan sebanyak € 300 sebulan seharusnya pelajar cukup untuk membiayai kos hidup di Laval.
Peruntukan sekitar € 300 (dari € 200 hingga € 450) sebulan seharusnya pelajar cukup untuk membiayai kediaman di Laval. (Bagi maklumat lebih lanjut, sila rujuk laman “Hal Ehwal Pelajar”)
Peruntukan sekitar € 200 (dari € 200 hingga € 300) setahun seharusnya pelajar cukup untuk insurans kesihatan (Sila rujuk laman “Hal Ehwal Pelajar”).
Cara memohon
Tarikh akhir penghantaran borang permohonan bagi kemasukan ke program master ESIEA:
Sesi pertama: Mai. 2010
Sesi kedua: Agustus 2010
Memuat Turín (download) borang permohonan. Sila kembalikan borang ini yang telah diisi kepada ESIEA melalui e-mel di www.masters@esiea.fr atau pos ke alamat berikut:
Specialized Master N&IS,
Graduate Admission Service,
Prof. Robert Erra,
9 rue Vésale
75005 Paris FRANCE
Bagi calon yang lulus seleksi administrasi, Prof. Dr. Robert Erra akan melakukan pembicaraan telepon dengan calon. (bahasa Inggeris).
Keputusan rasmi permohonan kemasukan ke program master ESIEA akan diumumkan melalui surat.
Tahun akademic 2010-2011
Selamat datang mahasiswa baru: 1 Oktober 2010
Kursus semester pertama: mula: 5 Oktober 2010
Kursus semester kedua: tamat : Akhir September 2011
Pada akhir semester kedua, pelajar dikehendaki menjalani latihan ( internship atau pengajuan kerja praktek) di syarikat selama 4 bulan.
Tarikh cuti sekolah :
- Cuti mula: 18 Desember 2010 cuti tamat: 3 January 2011
- Cuti mula: 19 Februari 2011 cuti tamat: 3 Maret 2011
Jumlah jam bagi setiap modul ialah 20 jam (kuliah, pelaksanaan projek-projek kecil dan latihan-latihan di makmal komputer)”. Jumlah jam bagi setiap “modul projek” ialah 50 jam.
Hal Ehwal Pelajar
Kemudahan
Laval, Kota kecil tua di sebelah barat Perancis…
Kota ini terletak di sungai «La Mayenne», setengah perjalanan antara Rennes dan Le Mans. Penduduknya berjumlah 53 896 jiwa.
Kota ini sudah ada sebelum kekaisaran Romawi. Laval merupakan kota penting di Perancis selam Abad Pertengahan. Laval dan sekitarnya memiliki warisan semulajadi dan kebudayan yang sangat kaya. Para pelajar boleh menyingkap tempat-tempat romantis, taman-taman, istana-istana atau menyaksikan upacara kesenian, kedudayaan (banyak festival diselenggarkan tiap tahun di Laval). Mereka boleh menikmati seni masakan dan wain yang termasyhur. Juga boleh menikmati tawaran-tawaran dalam activiti sukan di kawasan semulajadi yang indah.
Sekolah ESIEA terletak di kawasan dimana banyak perusahaan kecil (Start up) didirikan. Adanya teknopark ini (berskala kecil) membuat link yang tetap antara sekolah dan industri. Mahasiwa senang dengan adanya technopark di kampus karena mereka dapat langsung berhadapan dengan masalah nyata yang dihadapi oleh industri.
Pengangkutan
- Jalan – Jalan motor ke Paris – 285 km
- Pengangkutan rel -Kereta api – TGV (KA supercepat) menghubungkan kota Laval dengan ibu kota Perancis (tempoh perjalanan:1 jam 40 menit)
Kediaman
Terdapat pelbagai kediaman pelajar yang terletak di luar kampus namun di sekitarnya. Perkhimatan bas awam menghubungkan komplexs kediaman ini dengan kampus. (Laval mempuyai perkhidmatan bas awam yang baik, cekap dan murah lagi).
Kolej kediaman merupakan kemudahan yang disediakan oleh sekolah bagi penginapan pelajar. Pejabat Perumahan Pelajar membantu para pelajar antarabangsa mencari kediaman yang sesuai.
Terdapat pelbagai jeni penginapan disediakan antara lain rumah-rumah, pangsapuri-pangsapuri studio (dari 20 m2 hingga 30 m2). Kadar sewaan berbeza dari 200 euros hingga 450 euros sebulan baji kolej kediaman dan bagi pangsapuri. Pelajar akan diberi penjelasan terperinci mengenai hal itu selama pendaftaran akademik.
Restoran dan kafeteria
Makanan tidak menjadi masalah semasa Anda berada di kampus. Terdapat sebuah restoran yang berhampiran sekolah. Tempat ini terbuka kepada semua pelajar. Terdapat juga sebuah cafetería untuk pelajar di sekolah ESIEA.
Khidmat kesihatan
Sekolah ini menyediakan kemudahan kesihatan. Terdapat doktor lelaki dan perempuan yang berkhidmat dan memberi rawatan para pesakit. Para pelajar akan diberi maklumat lebih lanjut selama pendaftaran akademik.
Sukan
Para pelajar boleh juga menikmati tawaran-tawaran dalam aktiviti sukan seperti golf (Laval mempunyai pandang golf 27 lubang), renang, tenis, bola sepak, bola keranjang, badmington, dalam dan luar kampus.
Terdapat pelbagai pertubuhan dan persatuan pelajar di dalam kampus yang menjurus kepada aktiviti budaya, kebajikan sosial, sukan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan minat pelajar.
Perpustakaan
Perpustakaan sekolah mempunyai koleksi luas meliputi pelbagai judul buku, jurnal, tesis, laboran penyelidikan, bahan media dan digital untuk keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Infrastruktur komputer
Infrastruktur ESIEA dilengkapi ciri-ciri terkini, peralatan-peralatan yang canggih, akses Internet tanpa wayar. Makmal-makmal dilengkapi infrastruktur moden bagi mempermudahkan kerja-kerja pelajar.
Visa/peraturan masuk ke negera Perancis
Semua warganegara asing yang ingin datang ke Perancis mestilah mampu mempamerkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tujuan lawatan, kemampuan menyara diri dan tempat tinggal. Di dalam sesetengah kedaan, visa adalah diperlukan. Permohonan mestilah dibuat di perkdhimatan konsulat Perancis sebelum anda berlepas.
Untuk membuat permohonan visa, para pelajar boleh memdapat maklumat mengenai prosedur yang harus diikuti.
Sila rujuk kepada “Datang ke Perancis” di laman Web http://www.ambafrance-my.org/ (berbahasa Melayu) atau:
- www.france.diplomatie.gouv.fr (berbahasa Inggeris)
- www.edufrance.fr
- www.cnous.fr
PERHATIAN
Semasa pelajar tinggal di Perancis, ia memerlukan mempunyai perlindungan kesihatan pelajar luar negeri. Yuran insurans kesihatan tidak termasuk dalam yuran pengajian tahunan.
Insurans ini menyediakan perlindungan bagi kos seperti rawatan perubatan luar hospital, rawatan perubatan dalam hospital, farmaseutikal … Pelajar harus membayar sekitar 200 euros (tahunan) untuk insurans ini.
Para pelajar akan diberi maklumat lebih lanjut selama pendaftaran akademik.
Sila rujuk laman Web berikut (berbahasa Inggeris):
Hubungi kami
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Alamat:
Prof. Robert ERRA
9, rue Vésale
75005 Paris
Tel: +33 (0) 155 432 302
Fax: +33 (0) 155 432 348
E-mel:
Kerjasama
Selama beberapa tahun terakhir, ESIEA telah menjalin kerjasama dengan berbagai perguruan tinggi dari luar negeri. Kerjasama ini telah diadakan untuk meningkatkan kemampuan pelajar dalam melaksanakan kegiatan akademik.
ESIEA adalah perguruan yang paling aktif dalam menggalakkan mobiliti dalam kalangan pelajar antara perguruan. Terlibat di program Pendidikan Tinggi Europa disingkat Erasmus Mundi. (Program ini ialah sebuah program Uni Europa yang dirancang untuk meningkatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan di perguruan Tinggi Uni Europa di peringkat antarabangsa). Program Erasmus Mundi terbuka bagi pelajar ESIEA.
ESIEA telah dijalin beberapa kerjasama antarabangsa dengan perguruan tinggi di Australia, Amerika, New Zealand, Afrika di bidang Sains dan Teknologi.
Kumpulan penyelidikan
Hasil-hasil penyelidikan adalah dalam bentuk penerbitan jurnal, kertas kerja konferensi dan seminar, tesis graduan PhD dan Master dan paten.
Lihat situs penyelidikan ESIEA (berbahasa Inggeris)